Showing posts with label minda suspended. Show all posts
Showing posts with label minda suspended. Show all posts

Jun 10, 2015

Kasi lap itu habuk

Dah 3 tahun berhabuk
lap - lap sikit

lap kasi kilat
ok chow

Dec 21, 2012

Something for Nothing

Tajuk sahaja english tapi post aku bahasa melayu
Bunyi macam takda mengena
Aku sejak kebelakangan ni asyik muram sahaja
Period agaknya
Tak jugak -__-"
Aku rasa ini adalah sindrom akhir tahun
Biasalah bila akhir tahun je birthday aku
Akhir tahun je kerja berkurangan
Bila berkurangan rasa bosan
Bila bosan mulalah muram
Tapi tak juga
Bukan sindrom akhir tahun rupanya

Aku sebenarnya seorang yang cepat terasa atau tersentuh
Tapi aku selalu set benda positif dulu sebelum negatif datang
Bila musibah mengundan je aku mulalah muram
Semua orang nampak aku diam sahaja
Nampak aku serius sahaja
Nampak aku asyik cucuk earphone sahaja
Nampak aku asyik gentel sahaja
Opps itu bukan

Kawan-kawan sangat penting bagi aku
Gembira bersama
Berduka bersama
Kerja bersama
Makan bersama
Bila dengar seorang kecundang
Hati aku pun bergoncang
Ceh ayat tak leh blah~

Oklah aku cerita ok

Baru-baru ni arena kerja dah banyak berubah
Orang gila kuasa bertambah
Orang gila kerja berkurang
Yang tinggal hanyalah beberapa orang

Kesannya meliputi seluruh arena kerja
Kawan-kawan yang gila kerja mula gelisah
Yang gila kuasa bergembira
Aku pula tak ambil kisah

Yang di atas pula tidak begitu celik
Bila gila kuasa petik di atas kata ok
Yang gila kerja terkena tempias
Lama-lama mereka rimas

Sumber manusia mengatakan itu tak boleh ini tak boleh
Pihak pengurusan pula sekat itu sekat ini
Yang di atas buta situ rabun sini
Yang gila kuasa cucuk sana cucuk sini

Kini, yang gila kerja semakin tertekan
Seorang demi seorang mengundur diri
Kesan dari malapetaka mereka yang mcam setan
Aku diam menganalisa keputusan sendiri

A kata sabar B kata tak boleh tahan
C kata tunggu dulu D kata mari pergi
E kata fikir dahulu F kata ah persetankan
G kata fikir masa depan H diam diri

Diam memikirkan apa nak jadi
Kawan-kawan semua nak pergi
Jadi aku menyendiri
Menyendiri dengan keputusan yang tak pasti



Bila dengar kawan-kawan nak benti kerja hati mesti pilu kan?

Jan 3, 2011

Tercalar hatiku

Dulu kau selalu cari aku
Cerita segala masalah
Cerita segala duka
Cerita segala gembira
Sekarang tiada lagi
Oh.. sungguh jiwang tajuk post ini
Aku faham
Aku mengerti
Kau mahu aku pergi
Sekarang aku pergi
Jangan cari aku lagi

Sep 19, 2010

15 Tahun Lepas

Kat kampung aritu aku selongkar almari lama
Terjumpa gambar lama ni
Ini gambar 15 tahun yang lepas

15 tahun lepas aku hanyalah seorang budak hingusan
Rambut sikat tepi dan baju masuk dalam seluar
Tak reti bergaya tak reti melaram
Memang budak habis

Dulu aku takut kena marah dengan ibu
Dia memang garang
Nak keluar takut
Memang tak berani

Tapi bila makin besar makin tak garang
Mungkin ibu tahu aku dah pandai berfikir sendiri
Buat apa nak kongkong lagi
Marah bertukar kepada toleransi

1 kenangan yang aku ingat sampai sekarang
Masa tu aku bermain di luar rumah
Pastu kena sengat dengan tebuan / lebah
(tak ingat tapi serangga yang berbisa)
Aku menjerit memanggil ibu
Dia keluar dan terus menggosokkan rambut dia pada kesan sengatan
Tup-tup dah tak sakit dah!!
Hebat kan!!

Inilah gambar ibu 15 tahun lepas
Ada gambar lagi update
Semua kakak aku dah rembat
Nanti aku rembat balik ok.



Gambar 15 Tahun Lepas
Ibu dan Mak Long


Sayang Ibu

Aug 24, 2010

Setahun

setahun yang lepas

setiap hari sangat perlahan
boleh relax-relax dalam kehidupan
tak payah tergesa-gesa membuat keputusan
kerja pun tak bertimbun-timbun
ragam pun tidak keterlaluan
minat itu ini baru bermula
masa tu mula lah explore itu ini
setiap hari ada saja benda baru
idea-idea baru ada sahaja di kepala
seronok eksplorasi benda baru
gelak dan tawa menjadi rutin
masa ni hati sekebal batu
tak hirau apa yang berlaku
semua simpan dalam hati
tak nak bagitahu orang lak tu
ish ish ish
semangat membuak tak kira masa
komitmen tak banyak bolehlah kan
impian-impian baru diatur masa ni
cuba kejar satu per satu
satu per satu impian tercapai
bila impian tercapai hati pun senang
masa ni cuba set visi hidup pula
bila impian tercapai baru grab itu ini
baiklah!

setahun sudah berlalu

setiap hari sangat laju
tak sempat buat ini
itu dah terlepas
lambat decide keputusan sendiri mati
kerja jangan cakaplah
setiap hari bertungkus lumus
sibuk manjang
sibuk menghalang minat yang membara
semangat explore masih ada
bercanggah dengan masa pula
gelak tawa masih ada beb
itu memang rutin wajib ok
tapi dalam hati tiada siapa tahu
gelak tawa hanya lakonan
hati yang dulu sekebal batu
sekarang macam span pula
ish ish ish
mara bahaya betul
semangat??
mestilah membuak-buak dalam setiap aspek
bila makin dewasa, komitmen pun bertambahlah
tapi masih boleh handle lagi
impian semakin sempurna
tinggal lagi 2 sahaja
sabar syimi sabar
visi yang di set pada tahun lepas
membawa padah untuk satu penyelesaian
tak boleh buat apa-apa
kesian!

Aug 14, 2010

Non-Penting














Ngam - ngam lagi satu hari nak puasa aku diconfirmkan bekerja. Probation yang lama. 6 bulan seh. Ada la sedikit sesi temu-borak membincangkan prestasi kerja aku. So far, bagus! Aku pun suka kerja kat situ. Officemate semua okay belaka. Enviroment yang selesa. Sangat selesa sampai aku boleh tidur dekat toilet office tapi tak pernah orang tahu. Kerja yang banyak setiap hari sampai tak sedar masa dah berlalu. Aku rumuskan dalam bentuk ayat yang lebih mudah difahami. ENJOY!!


Sejak Kebelakangan ni, aku tangkap lentok dengan lagu - lagu Liyana Fizi. Siap cari tab dan chord lagi. Habis budak - budak opis aku paksa dengar lagu LF haha. Lirik dia buat aku rasa terkenang kisah - kisah lama dan kisah baru. Berangan kejap.......... Dah!! Plus LF main chord Jazz. Tu yang buat aku lagi kemaruk sebab aku tak terer main gitar. Praktis sampai jari sakit-sakit, sama macam praktis lagu Tilu sebab chord pelik. Tegeliat jari.

Gitar yang selalu menghiburkan aku
Dah! Aku jarang sangat nak share problem dengan orang. Jadi, sesiapa yang aku share problem tu adalah insan yang terpilih. Hahaha.. Bukan keras hati. Tapi.. segan

Aku tak suka kalau ada orang yang baca gerakan aku. Macam baca gerakan masa main chess / dam haji. Aku akan buat orang tak boleh baca diri aku macam selalu aku buat dalam blog ni. Bagi cerita tergantung atau aku dah selitkan unsur tersirat dalam beberapa posting. Rasa best bila orang tak dapat faham apa yang aku sampaikan. Hebat tak?? Hahaha.. Tapi mungkin ada yang salah paham maksud tersirat  yang aku cuba sampaikan. Pelik? taklah..

Aku ada pengalaman buruk dengan perempuan. Biasalah, cinta yang tak menjadi. Tapi aku dah single. Tiada lagi janji palsu yang tak dapat ditunaikan. Tiada lagi pembaziran pada kredit. Tiada lagi salah faham. Aku rasa tak sesuai bercinta. Ntah. Nak kata tak ada nafsu dengan perempuan? Bukan.. Macam-macam dah jadi. Senang cerita aku dah serik. Pengalaman dulu-dulu buat aku jadi aku yang sekarang. Tapi benda ni subjektif kan. Jadi tak payah nak objektifkan macam orang dulu-dulu selalu buat. Jodohkan anak kau dengan dia. Semudah ABC. Sila sebut. A...B....C.... Mudahkan?



Dulu aku ada tempat nak mengadu apa saja, bercerita masalah yang terbeban kat kepala dan bila dah cerita rasa puas dan gembira sebab ada yang mendengar, bergurau senda yang aku rasakan bahagia hanya untuk menghiburkan diri yang sunyi lagi sepi, mengutuk sikit-sikit yang kononnya manjalah padahal syok sendiri, menyombong untuk tunjuk rasa protes tapi tak pernah bagitahu alasan menyombong yang sebenar, menyepi seperti merajuk tapi nak merajuk buat apa? Saja-saja mentouchingkan diri kasi ada perasaan sebab dah lama tak merajuk. Tapi semua tu dulu la. Dulu-dulu dah habis. Dulu-dulu dah pergi. Jauh sangat sampai tak boleh jumpa kat Google Maps.


Okay. Aku nak bagitahu yang posting aku ni sudah di 'schedule' kan. Tak percaya? Lantaklah. Kiranya posting aku adalah bukan 'up to date'!! Entah bila aku update tu tak penting. Yang penting, post ni lagi lama dari post-post yang ada dibawah ni. Saje nak bagi nampak macam update blog. Macam teka-teki juga lah. Semua ada makna. Haa.. Hebat kan? Ahahaha.. Takde lah.. Jumpa pada next schedule. Aku dah set beberapa tarikh. Maybe tahun depan next schedule aku tu.



Kan aku dah cakap aku tak suka orang baca gerak langkah. Sama lah aku tak suka orang baca gerak hati aku yang tak berapa best pada masa ni. Sebab tu aku biarkan post ni keluar lambat. Biar korang tak tahu bila aku sedih, kecewa dan apa-apa jelah. Semuanya kerana fasa ke enam suku ke lima.




Masa menaip post ni aku dalam mood yang tak bagus. Tapi bila post ni keluar mungkin mood aku tengah kemuncak kan. Kemuncak habis sampai aku pun lupa bila aku taip post ni. Lupa segala yang tak bagus. Hilang ingatan sekejap. Short term memory. Siapa tahu kan? Korang lagi la tak tahu. Bye.

Dec 6, 2009

semangat disember

bulan ni rase macam best je
kebanyakan benda yang aku nak kejar semakin dapat di capai
berkat bulan disember namanya

1. dapat offer kerja yang aku minat
(maksud aku bidang archi)
2. lesen kereta
(dulu nak amik takde duit, dah tua baru berkesempatan.. hoh..)
3. kamera
(wlpn tu kamera lama tp aku suka.. thx ayah!)
4. gadis idaman..
(eh.. tu belum lagi.. gahahahaha...)

"nampaknya aku semakin dewasa
gigi bongsu pun dah tumbuh
kawan-kawan pun semakin ramai
perasaan eksplorasi mencapai tahap klimaks
teruja terhadap benda baru dan ekstrim
tidak mudah mengalah
dan yakin boleh mengatasi semua
ini semangat disember weh!!"

Nov 15, 2009

projek eksperimentasi


selama ni kan aku tak pernah handle benda-benda yang besar
tapi semalam aku baru je handle benda tersebut
"see you around at dataran pahlawan, melaka, malaysia"

honestly la eh, aku first time buat benda ni
masa on the way nak pegi aku dah cuak da
takut tak de orang
bak kata lain
tak dapat sambutan la
mampus

tetibe je henpon aku berbunyi
"ello.. ni syimi eh? aku ade dapat invitation kat fesbuk.. jadi ke x?"
eh eh..
ni orang pertama call aku untuk event ni
teruja kejap

sampai je kat destinasi
mane orang eh? mane?
nasib baik ade kawan-kawan yang support aku
selamat~ phew~
tapi tak cukup orang lagi ni
takpe la.. cari belon dulu..

toot teeet toot teeet
(bunyi sms)
"hasyimie, afik ni. you guys kat mana?"
dalam hati aku da girang da
kiranya ade la orang nak datang
syukur~

sesudah beli perkakas kami kembali ke padang
tengok dah semakin ramai
alhamdulillah weh~
bertegur sapa dengan orang yang aku tak kenal
tapi still tak cukup kamera lagi

nasib baik otak budak-budak ni leh pakai
"syimi, kita tarik orang yang ada kat sini amacam?"
wow! selamba weh.. joommm!!
akhirnya dapat jugak la tarik masyarakat setempat

bermulalah projek eksperimentasi
mungkin ini yang pertama di malaysia kot
(poyo je)

takpe eksplorasi tu bagus dan aku suka
aku sangat berterima kasih kat geng-geng yang datang
ini projek first
aku boleh cakap
berjaya lah tapi belom lagi sebab belum siap video nye

Oct 15, 2009

p c o p c

fakta menarik!!
aku akan menghabiskan 8/10 kehidupan harian dihadapan pc
celik je pegi kat pc..
pergi kerja mengadap pc lagi..
pulang kerumah mengadap pc lagi..
keluar berjalan pon kat kedai pc..

ape yang aku buat??
1. of course la buat kerja
2. music
3. internet
4. games
5. document, pix etc

ade yang cakap sebab ni la aku tak ade awek..
ciss..
(aku menolak statement ini ok!!)

Sep 23, 2009

finding the moody one


aku nak pegi raya la
kalau nak ikot kan mood
memang tak berjalan aku
demi menghiburkan hati yang agak bosan ni
aku nekad nak beraya
vs125 setia menemani aku
mari.. mari..

sebenarnya perut aku lapar..
hari raya ni rugi la pegi makan kat kedai kan..
baik pegi beraya..
dapat la aku isi perut..
wohhh...
teruja kejap!

dam dam dum buyi mecun~
l a l a l a l a ~


mood raya pertama
|M.Nasor|Bub Ku2k|Joey Blizzo|

Aug 31, 2009

aku rasa apa

satu tunggal
dua tinggal

biar seringgit
jangan mengungkit

positif subjektif
negatif objektif

garu kepala
rasa di dada

cabut duri
kita hepi

asset diri
obses mari

peluang diberi
hati pula lari

kalau mati
jangan dibenci


Aug 19, 2009

pisang goreng dan ayam

balik kerja dan penat
tiba di rumah dan tidur

mimpi pula

ibu muncul dalam mimpi
sekian lama aku tidak bermimpikan ibu

rindu

adalah sedikit perbualan
antara aku dan ibu
tapi aku tidak pasti
apakah yang dibualkan

dalam mimpi
aku hendak keluar
ibu pesan

belikan pisang goreng
dan
ayam

sebab aku sedang makan pisang goreng dalam mimpi

aku bersetuju
dan keluar

terus keluar dari alam mimpi

apakah makna mimpi ini?
pisang goreng dan ayam?

aku rindu ibu

Aug 10, 2009

dah tiada

isnin sampai sabtu (kecuali sabtu minggu pertama)
pagi sampai petang (kecuali sabtu)
makin lama makin sukar hidup aku
sekarang memikirkan masa depan

tiba-tiba memikirkan masa lampau....

tengok pc kejap
tengok henpon kejap
tengok cermin kejap
berangan kejap

dulu aku selalu berangan nak kejar macam-macam
tapi sampai sekarang belum kesampaian

dulu mase sekolah aku tak pernah fikir pasal cinta
tapi lepas sekolah aku bercinta

dulu aku selalu hisap rokok
tapi sekarang aku dah berubah

dulu aku suka tolong ibu memasak
tapi sekarang aku masak sendiri

dulu aku tak berapa ngam dengan ayah sendiri
tapi sekarang dah ngam

dulu aku selalu dapat duit raya
tapi sekarang tidak lagi

dulu aku selalu dapat baju raya jahitan ibu
tapi sekarang pakai baju yang lama

dulu aku selalu tipu ibu
tapi sekarang...

dulu aku ada seorang wanita bergelar ibu
tapi sekarang dah tiada

aku dah tak berangan..

dah nak bulan puasa ni aku selalu fikir pasal ibu

ibu yang aku sayang

kali terakhir aku tatap wajah ibu
aku sedang sembahyang jenazah untuk ibu
kali terakhir aku sentuh ibu
aku sedang mengangkat jenazah ibu
kali terakhir aku mohon maaf kat ibu
bila...?

aku tidak sempat memohon maaf
buat kali terakhir
air mata bergenang
sesal dan kesal

aku....

cukup lah setakat ini je..

maaf..



Aug 2, 2009

semangat is subjective

semangat o semangat..!!
datanglah!!

2 3 kucing berlari..
eh..
2 3 sejak kebelakangan ni..
aku rase macam dah tak ade semangat je..

duit simpanan untuk kamera telah dipakai
untuk memulihkan kesihatan "plup plep"
lari bajet..

skuter asik buat hal aje..
semua itu memerlukan modal
damn!!

problem kat opis lagi..
ayoyo!!

dan macam-macam lagi weh..

kejap ade semangat kejap tak ade..
rasa down bile tak ade semangat

tapi aku da selalu rasa camni
kejap rasa di atas
kejap rasa di bawah

perasaan ini sangat subjektif

aku sangat bersemangat dalam ape perkara yang aku buat
takkan mengalah dan takkan kata "tak boleh"
aku tak suka kerja sekerat jalan
aku juga suka explore segala benda yang aku minat
tapi bila ade penghalang / dugaan
rasa down kejap
tetiba aku teringat saat kegemilangan
ape rahsianya?
tetiba aku teringat saat kejatuhan
ape puncanya?
rasa macam...

ape yang aku rasa?
klik sini
(sempat lagi.. huhu :D)

aku berharap sangat keadaan subjektif ni menjadi objektif
mustahil kan..

pape hal.. aku teruskan..

syimie tetap syimie

Jun 8, 2009

minggu yang sibuk

5 & 6 jun 09
minggu ni pegi shooting pengantin
lokasi : air kuning, negeri sembilan..
shooting partner nye adalah :

wak printing (ini tokey printing)

faren flaflaflick

syimie hebat

rozana roxxane

pija paipC



diskusi antara shooting partner :
faren : kite suruh pengantin lompat nak?
syimie : wah.. sgt hebat!!
pija : bergolek ala hindustan pon ngam.. lalala..~
dialog adalah rekaan semata-mata

7 jun 09
lokasi : no.15, jalan padi mahsuri 1, bandar baru uda, j.b
masa : sebelum zohor
pegi shoot ghan (best fren mase sijil PPD) tunang
pegi menumpang naik kete kateq.. haha..
ain dan kateq
mereka sangat serasi tatkala bersenda gurau ataupun sebaliknya..
hahah.. aku suke tgok korg..
xde dorg aku kene jalan kaki g j.b maa..
dua-dua member mase kat PPD..


ghan dan tunangnya..
sebenarnye xplan pon nk shooting kt uma ghan..
saje je nk wt kenangan..
memandangkn cameraman dia xdtg..
secara tak sengaja aku jadi cameraman kau ghan..
hahah.. sungguh terharu ketika itu..
sekian..
7 jun 09
lokasi : taman universiti, j.b
masa : selepas zohor

selepas pegi uma ghan..
aku singgah jumpa member yg berdekatan
sebab majlis abis awal..
aku xnak balik awl..
sempat la g jusco jap..
makan-makan..
jalan-jalan..



ini yusz..
trimas sebab belanje aku nasi goreng ayam mase kt jusco taman U..
dan membawa charger utk mengecas hp aku yg kong time tu..
hahaha.. cas kat jusco je..
p/s :
kesudahannye aku penat giler
sampai merlimau je terus bobok..
haha..
tp aku sangat enjoy
minggu yang sangat hebat
syimie hebat!!
yey!!

Jun 4, 2009

kengkawan

no pix for this post..
just i miss all my friends..
shah alam friends..
merlimau friends..
ex-PPD friends..
ex-PMM friends..
sume lah..
bile mau shisha lagi..?
nanti la aku turun sane jumpa korang sume..

Dec 27, 2008

can you hear any song in this blog?


this is syimie (calm mode) :D


can you hear any songs in this blog?
if yes
that song is

Laluna - Penggalan Kisah Lama
+
Laluna - Membekas Di Hati

very impressive song that i ever heard
it remember me with someone that i love
i like sing through that song
while pick my guitar (actually that guitar belong to Faren :D)
wah.. hahaha..
am i sad or happy?
who know?
deep in my hear know that
it called " oktober ceria disember duka"
what?
who?
when?
where?
forget it syimie
be a strong guy (am i guy or boy? :D)

Dec 24, 2008

U.O.X. PLAY ELECTRIC @ ZOUK CLUB KL


U.O.X. PLAY ELECTRIC @ ZOUK CLUB KL
Saturday, 17 January, 8pm - late
Kuala Lumpur
Exclusive Invites Only
All U.O.X. / Xpax members are invited.

ARTISTES & ACTIVITIES
Performing artistes
Vote for these artistes

Goodnight
Electric (INDO)
Komplot Ray Soo Altered Image
Twilight
Action Girl
Lapsap Vice Modern
Disco
DJ Van


The Otherside
Orchestra

DJ Afen