3 comments

semangat disember

bulan ni rase macam best je
kebanyakan benda yang aku nak kejar semakin dapat di capai
berkat bulan disember namanya

1. dapat offer kerja yang aku minat
(maksud aku bidang archi)
2. lesen kereta
(dulu nak amik takde duit, dah tua baru berkesempatan.. hoh..)
3. kamera
(wlpn tu kamera lama tp aku suka.. thx ayah!)
4. gadis idaman..
(eh.. tu belum lagi.. gahahahaha...)

"nampaknya aku semakin dewasa
gigi bongsu pun dah tumbuh
kawan-kawan pun semakin ramai
perasaan eksplorasi mencapai tahap klimaks
teruja terhadap benda baru dan ekstrim
tidak mudah mengalah
dan yakin boleh mengatasi semua
ini semangat disember weh!!"

0 comments

See You Around At Dataran Pahlawan Melaka, Malaysia

2 comments

share

dah lama aku tak share problem dengan sape-sape
dulu ade la aku slalu share dengan kawan-kawan
tapi sekarang semua dah bz
call tak angkat, msg tak balas
takpelah
aku try solve sendiri

1 comments

projek eksperimentasi


selama ni kan aku tak pernah handle benda-benda yang besar
tapi semalam aku baru je handle benda tersebut
"see you around at dataran pahlawan, melaka, malaysia"

honestly la eh, aku first time buat benda ni
masa on the way nak pegi aku dah cuak da
takut tak de orang
bak kata lain
tak dapat sambutan la
mampus

tetibe je henpon aku berbunyi
"ello.. ni syimi eh? aku ade dapat invitation kat fesbuk.. jadi ke x?"
eh eh..
ni orang pertama call aku untuk event ni
teruja kejap

sampai je kat destinasi
mane orang eh? mane?
nasib baik ade kawan-kawan yang support aku
selamat~ phew~
tapi tak cukup orang lagi ni
takpe la.. cari belon dulu..

toot teeet toot teeet
(bunyi sms)
"hasyimie, afik ni. you guys kat mana?"
dalam hati aku da girang da
kiranya ade la orang nak datang
syukur~

sesudah beli perkakas kami kembali ke padang
tengok dah semakin ramai
alhamdulillah weh~
bertegur sapa dengan orang yang aku tak kenal
tapi still tak cukup kamera lagi

nasib baik otak budak-budak ni leh pakai
"syimi, kita tarik orang yang ada kat sini amacam?"
wow! selamba weh.. joommm!!
akhirnya dapat jugak la tarik masyarakat setempat

bermulalah projek eksperimentasi
mungkin ini yang pertama di malaysia kot
(poyo je)

takpe eksplorasi tu bagus dan aku suka
aku sangat berterima kasih kat geng-geng yang datang
ini projek first
aku boleh cakap
berjaya lah tapi belom lagi sebab belum siap video nye

3 comments

leceh

sebenarnya aku dah cair dengan sorang awek
tapi aku tak cakap kat dia
member aku suruh cakap kat awek tu
tapi aku belom sedia lah
hati aku pun menolak perasaan ini

aku pun mendiamkan diri je lah
sampai lah sekarang
entah sampai bile nak cakap
diam-diam sudah

ada orang tanya macam ni
"kalau awek tu kene kebas cmne?"
kalau kene kebas
aku lepaskan ajelah

kenapa eh?
sebab aku belom ready untuk menampung seorang awek
aku pun penah couple sebelum ni
faktor utama adalah leceh
aku ke dia yang leceh
sama-sama lah leceh

1 comments

kaulah jawapan semua doa

kadang - kadang bile aku dengar lagu
ade yang perli-perli aku
lirik lagu ni betul-betul buat aku tersentuh
aku paling suka part ni
"kaulah jawapan semua doa"
plus ngn plucking gitar
memang feel abis
aku tujukan lagu tu kat gadis impian
hehehehe

4 comments

p c o p c

fakta menarik!!
aku akan menghabiskan 8/10 kehidupan harian dihadapan pc
celik je pegi kat pc..
pergi kerja mengadap pc lagi..
pulang kerumah mengadap pc lagi..
keluar berjalan pon kat kedai pc..

ape yang aku buat??
1. of course la buat kerja
2. music
3. internet
4. games
5. document, pix etc

ade yang cakap sebab ni la aku tak ade awek..
ciss..
(aku menolak statement ini ok!!)