Showing posts with label minda excluded. Show all posts
Showing posts with label minda excluded. Show all posts

Jul 3, 2011

Kaki diufuk rindu

Aku sekarang cedera
Akibat bersukan berlebihan
-_____-

Amik kau Syimie
Rasakan
Siapa suruh bersukan sangat
-_____-

Kaki aku sakit sekarang
Sebab kasut yg digunakan tidak sesuai
Padan muka aku
-_____-

Sekarang aku kena gunakan kasut yang sesuai
Futsal ada kasut khas
Badminton pun mesti
Marathon lagi wajib kasut khas
Nanti rosak kaki aku
-_____-

Pingpong kaki ayam pun takpe kot
-_____-

Rehatlah
-_____-

Jun 24, 2011

Sihat senantiasa

Minggu ini aku sangat sibuk dengan sukan

Futsal
Badminton
Pingpong
Marathon

Sukan menjadi pengisi masa lapang aku
Sihat!!

Jan 7, 2011

Hempok semangat hempok!

Malas oh malas
Awal tahun memang ada sedikit malas
Maklumlah baru lepas cuti panjang akhir tahun
Mood cuti tu tebal lagi

Lemau oh lemau
Hari - hari rasa sangat lemau
Korang tau tak lemau tu apa?
Nanti gigit aku korang tau la lemau tu macam mana..
Lemau sangat weh

Semangat oh semangat
Kembalikan semangat aku kembali
Nak kerja rajin - rajin
Tu je lah semangat aku
Komitmen lain tak penting

Mane pergi semangat aku?

Amik semangat tu hempok kat kepala aku..

Semangat~


Dec 15, 2010

Tak sangka aku dah ada GF~

Sejak bahagia ni aku dah tak peduli blog dah
Maklumlah hati sudah berpunya kan
Kemana aku pergi dia sentiasa ada
Berkepit manjang
Sweet kan?
Biasalah kemaruk katakan
Dia datang ngam-ngam 7 Disember aritu
Besday aku kan
Mestilah spesel

7 Disember 2010
Dia datang dalam hidup aku


Ni hadiah besday aku dan juga merangkap GF aku sekarang
Hehehehehe... :D


P/S
Aku beli hadiah mahal untuk diri sendiri
Dah takde orang nak bagi
Anyway..

Happy Birthday Syimie

Kau dah tua ok!
Sob.. Sob.. T_T
Trimas kepada yang buat birthday party
Wish besday kat wall FB aku
*kalau tak salah ada 146 wish kot*
Hadiah-hadiah yang diterima
Tak sangka ada yang bagi
Selamat tua

Nov 9, 2010

Sejenak dikau tiada, aku terasa kehilanganmu

Dulu kau tak ada dalam hidup aku langsung
Kemudian kau muncul menceriakan hidup aku
Walaupun kau banyak songeh
Aku tetap perlukan kau
Dimana pun aku berada kau sentiasa ada disisi
Kau sungguh setia
Begitu sempurna hidup dengan adanya kau

Tapi
Bila kau tiada disisi ketika ini
Aku terasa kehilangan kau
Setiap detik aku mencari kau
Tak keruan hidup aku
Ke sana ke sini mencari-cari

Oh henpon
Macam mana la aku boleh tinggalkan kau kat rumah


Ini bukan henpon

Oct 31, 2010

Just tampal then you pulih macam kena brainwash


Dah 2 hari aku pakai 1 produk ni

Tampal kat kaki pastu jadi hitam
Nampak sangat badan aku berkimia
Tapi aku pelik juga
Aku tak merokok
Aku tak ambil dadah
Tapi kimia bapak banyak
Hitam dan berlendir
Erk..

Aku termenung dan berfikir secara positif
Huiyo!! Benda ni sedut kimia masa aku hisap rokok dulu..
Ceh! Dah 1 tahun lebih aku berhenti
Takpe. Tu ayat nak sedapkan hati sendiri

Semalam aku suruh kawan aku pula cuba
Bangun je tengok aku punya sticker lagi hitam
Sial! Apsal banyak sangat kimia?
Cakap dalam hati lagi
Benda ni sedut penyakit ni. Pasni aku sihatlah.. Phew~
Memang sah badan aku penuh dengan kimia

Aku rasa produk ni bagus. Memang bagus.
Bukan nak promote pun

Tapi aku berharap benda ni boleh tampal kat hati
Kasi sedut keluar semua "kimia" dalam hati
Nanti bangun tido je terus pulih
Tiada emosi yang berlarutan
Tiada sedih yang melampau
Tiada duka yang perlu diimbas kembali

Just tampal then you pulih macam kena brainwash

Sangat Hebat!!!

Hahahaha

aku nak tampal kat hati kemudian teruja

Oct 9, 2010

Jakun sana jakun sini

Setelah berbulan-bulan mengumpul perbelanjaan
Akhirnya aku dapat pergi ke Indonesia
Syok habis lah
Perasaan jakun tu tak habis-habis
Pergi sana jakun
Pergi sini jakun juga

Walaupun banyak rintangan sebelum nak sampai
Aku tak kira, nak pergi jugak

1st time naik kapal terbang
Aku dah dengar macam-macam cerita
Budak-budak opis dah takutkan aku
Tekanan kuat sampai kepala boleh pecah la
Pening-pening dan muntah la
Susah nak pakai tali pinggang dekat seat tu la
Ish..ish..ish..

Tapi macam biasa lah kan
Aku tetap cool
Hehehe..

Semua benda tu aku boleh handle
Yeay!!


Google Earth versi Syimie Hebat - Berlepas dari KLIA

Jakun tak? jakun tak?
Google Earth versi Syimie Hebat - Jakarta, Indonesia

Benda ni memang imej Jakarta

Sampai Jakarta je terus kitorang pergi Bandung
Pakej tiket flight ni promosi KL- Jakarta je
Pergi Bandung nak bas boleh nampak macam-macam
Setiap tanah digunakan dengan sebaik mungkin
Tengok gambar kat bawah ni
Semua tu hasil tanaman


OTW ke Bandung

Sangat sesak di Bandung

Misi aku di Bandung 1 je
Beli barang UNKL347!!
Aku habis 1juta rupiah kat UNKL347 je
UNKL347 = Uncle 


UNKL347 Bandung, Indonesia

Shopping Complex

Nasib baik la kitorang ada kawan Bandung
Dia bawak kitorang makan tempat best sangat pun! 


Bukit Sierra

Aku dan UNKL347

Nasi Uluwatu wajib rasa. Sedap ok!

Aku dan Balie

Dekat Bandung 1 hari aje
Siang dapat makan dekat hotel
 Teruja.Jakun

Teruja sarapan di hotel

Sape boleh sebut nama hotel ni?
Aksi wajib di depan hotel

OTW ke Jakarta

Majlis Hamzah kitorang nak pakai baju melayu
Imej Malaysia ok! 

Entrance Hotel - Bersiap ke majlis perkahwinan Hamzah

Hebatkan pelamin ni?

Hamzah + Rita

Rakyat + Awek cun = Awuumm

Gile besar pelamin

Keluarga dari Malaysia

Baim Wong. Korang tak kenal punye

Yang ni korang kenal tak? Hehe..

Dayang-dayang istimewa. Awuumm..

Aksi wajib di majlis Hamzah

Rakyat RSP

Mesti orang Indonesia pelik tengok kitorang. Haha..

Keluarga RSP

Ramai kan yang datang

Tolong search google sape Baim Wong ni ok!

Seterusnya aktiviti shopping
Perempuan memang suka
Aku tak suka sebab terpaksa bawak beg dorang
Betis dah keras macam kayu besbol
Tapi dorang relax aje
Argh! 

Signboard disini memang menarik

Hebat kan?

Mencari sesuap nasi

Bersatu

Hamzah kenalkan kami dengan keluarga dia
Rumah dia memang best
Dekat dengan rumah Suharto 

Di rumah Hamzah

Ini motor Baim Wong

RSP + Keluarga Hamzah

Aktiviti shopping lagi
Oh tidak!!
Perempuan shopping
Aku dengan balie pergi ambil gambar
Taknak jadi mangsa buas perempuan ketika shopping lagi
Serik!!


Balie in action

Awek lagi

Ini syurga bagi kaum wanita. Aku tak suke!

Hehe.. Degil..

Bawah tanah pun ada tempat shopping ok!

Peniaga Jalanan

Syurga kain terdapat disini

Hamzah keluar bawa kitorang berjalan-jalan
Makan Soto Padang
Dewi ni sister Hamzah 


Dewi

Hamzah dan Rita | Selamat Pengantin Baru
Secara keseluruhannya memang best
Nak cerita banyak sangat
Korang tanya aku sendiri je la ok?
Hehehe...