Sep 28, 2011

Aku perlukan kesibukan (-__-)"

Sejak aku bekerja di opis ni
Aku telah di latih untuk kerja kuat
Kerja hingga larut malam
Buat kerja mesti laju dan konsisten
Semua proposal mesti siap
Kerja mesti suksess!!
Apa-apa semua mesti kerja
Bercinta pun dengan kerja
(-___-)"

Aku tak nafikan opis ni memang banyak projek
Hari-hari sibuk sahaja
Dari aku masuk sampailah sekarang
Balik rumah pun jarang-jarang

Tapi sekarang projek sudah semakin kurang
Sebab proposal yang melambak dulu
Dah banyak yang dapat
Tak hairanlah pekerja pun 100+

Tapi..

Aku yang telah dilatih bekerja kuat terasa impaknya
Hari-hari yang sibuk kini tiada lagi
Hanya melangok sahaja
Kalau orang lain mesti gembira sebab tiada kerja
Tapi aku rasa bosan sebab tiada kerja
Rasa nak cari kerja lain saja
(-___-)"

Bila tiada kerja ni perasaan negatif mula muncul
Rasa opis dah tak perlukan khidmat aku lagi

Aku perlukan kesibukan
lol

Sibuk dengan Guitar Hero!! yeppa!! :D

1 comment:

aiNfiEr said...

pekerja cemerlang nih!!
GRED A+++++