Aug 14, 2010

Non-Penting














Ngam - ngam lagi satu hari nak puasa aku diconfirmkan bekerja. Probation yang lama. 6 bulan seh. Ada la sedikit sesi temu-borak membincangkan prestasi kerja aku. So far, bagus! Aku pun suka kerja kat situ. Officemate semua okay belaka. Enviroment yang selesa. Sangat selesa sampai aku boleh tidur dekat toilet office tapi tak pernah orang tahu. Kerja yang banyak setiap hari sampai tak sedar masa dah berlalu. Aku rumuskan dalam bentuk ayat yang lebih mudah difahami. ENJOY!!


Sejak Kebelakangan ni, aku tangkap lentok dengan lagu - lagu Liyana Fizi. Siap cari tab dan chord lagi. Habis budak - budak opis aku paksa dengar lagu LF haha. Lirik dia buat aku rasa terkenang kisah - kisah lama dan kisah baru. Berangan kejap.......... Dah!! Plus LF main chord Jazz. Tu yang buat aku lagi kemaruk sebab aku tak terer main gitar. Praktis sampai jari sakit-sakit, sama macam praktis lagu Tilu sebab chord pelik. Tegeliat jari.

Gitar yang selalu menghiburkan aku
Dah! Aku jarang sangat nak share problem dengan orang. Jadi, sesiapa yang aku share problem tu adalah insan yang terpilih. Hahaha.. Bukan keras hati. Tapi.. segan

Aku tak suka kalau ada orang yang baca gerakan aku. Macam baca gerakan masa main chess / dam haji. Aku akan buat orang tak boleh baca diri aku macam selalu aku buat dalam blog ni. Bagi cerita tergantung atau aku dah selitkan unsur tersirat dalam beberapa posting. Rasa best bila orang tak dapat faham apa yang aku sampaikan. Hebat tak?? Hahaha.. Tapi mungkin ada yang salah paham maksud tersirat  yang aku cuba sampaikan. Pelik? taklah..

Aku ada pengalaman buruk dengan perempuan. Biasalah, cinta yang tak menjadi. Tapi aku dah single. Tiada lagi janji palsu yang tak dapat ditunaikan. Tiada lagi pembaziran pada kredit. Tiada lagi salah faham. Aku rasa tak sesuai bercinta. Ntah. Nak kata tak ada nafsu dengan perempuan? Bukan.. Macam-macam dah jadi. Senang cerita aku dah serik. Pengalaman dulu-dulu buat aku jadi aku yang sekarang. Tapi benda ni subjektif kan. Jadi tak payah nak objektifkan macam orang dulu-dulu selalu buat. Jodohkan anak kau dengan dia. Semudah ABC. Sila sebut. A...B....C.... Mudahkan?



Dulu aku ada tempat nak mengadu apa saja, bercerita masalah yang terbeban kat kepala dan bila dah cerita rasa puas dan gembira sebab ada yang mendengar, bergurau senda yang aku rasakan bahagia hanya untuk menghiburkan diri yang sunyi lagi sepi, mengutuk sikit-sikit yang kononnya manjalah padahal syok sendiri, menyombong untuk tunjuk rasa protes tapi tak pernah bagitahu alasan menyombong yang sebenar, menyepi seperti merajuk tapi nak merajuk buat apa? Saja-saja mentouchingkan diri kasi ada perasaan sebab dah lama tak merajuk. Tapi semua tu dulu la. Dulu-dulu dah habis. Dulu-dulu dah pergi. Jauh sangat sampai tak boleh jumpa kat Google Maps.


Okay. Aku nak bagitahu yang posting aku ni sudah di 'schedule' kan. Tak percaya? Lantaklah. Kiranya posting aku adalah bukan 'up to date'!! Entah bila aku update tu tak penting. Yang penting, post ni lagi lama dari post-post yang ada dibawah ni. Saje nak bagi nampak macam update blog. Macam teka-teki juga lah. Semua ada makna. Haa.. Hebat kan? Ahahaha.. Takde lah.. Jumpa pada next schedule. Aku dah set beberapa tarikh. Maybe tahun depan next schedule aku tu.



Kan aku dah cakap aku tak suka orang baca gerak langkah. Sama lah aku tak suka orang baca gerak hati aku yang tak berapa best pada masa ni. Sebab tu aku biarkan post ni keluar lambat. Biar korang tak tahu bila aku sedih, kecewa dan apa-apa jelah. Semuanya kerana fasa ke enam suku ke lima.




Masa menaip post ni aku dalam mood yang tak bagus. Tapi bila post ni keluar mungkin mood aku tengah kemuncak kan. Kemuncak habis sampai aku pun lupa bila aku taip post ni. Lupa segala yang tak bagus. Hilang ingatan sekejap. Short term memory. Siapa tahu kan? Korang lagi la tak tahu. Bye.

5 comments:

Nur AfeeQah said...

nice shimi..balik la melaka sblum i grad..huwaaaaa

syime hebat said...

u grad bile eh? nti i datang!

Tazmin Aidawany said...

allaaaa....x payah la nak cover2... straight to the point... nanti terlepas pulak org yang sepatutnya dpn mata kau... sometimes if u confronted that it's better than you being undercover... girls are complicated...but they need attention... go syimie..go for it... gd luck..

syime hebat said...

@tazmin : thx! tp.... emm...

ashiro_31 said...

hm..
tertaik dengan ayat ni "tiada lagi janji palsu yang tak dapat ditunaikan" and " tiada lagi pembaziran kredit"..
sume boy cam2 k???
they think when ade gurls rase membebankan??;)is it true?