Sep 15, 2010

Engkau datang tanpa aku fikir pun

Beberapa hari yang lalu aku mimpi engkau
Semalam pun aku mimpi engkau lagi
Kenapa entah? Aku tak fikir pasal engkau pun
Tapi mimpi semalam macam memberitahu aku sesuatu
Engkau buat muka pelik dan membulatkan mata
Kemudian engkau senyum
Aku suka senyuman itu
Sudah lama aku tak nampak senyuman itu
Sejuk hati aku bila nampak senyuman itu
Engkau ada memberitahu aku sesuatu
Sesuatu yang mengungkai segala yang musykil
Kemusykil yang membelenggu aku selama ini
Kemudian aku terasa tenang dan lapang sekali
Selepas mendengan penjelasan tersebut
Penjelasan yang aku tunggu-tunggu selama ini
Terima kasih! Walaupun ianya hanya dalam mimpi
Aku nampak engkau menulis sesuatu di atas kad / poskad
Engkau beritahu bahawa ianya ditujukan kepada aku
Saat di dalam mimpi begitu bahagia


Aku betul-betul gembira dalam mimpi
Tapi aku tahu kenyataan tak akan seperti dalam mimpi aku itu


Hmm..
Mengeluh...
Termenung..
Diam..


Ya diam!!
Dengan mendiamkan diri, aku dapat menenangkan diri
Dengan mendiamkan diri, aku dapat berfikir baik dan buruk
Dengan mendiamkan diri, aku boleh merenung jauh kehadapan
Dengan mendiamkan diri, aku boleh muhasabah diri
Dengan mendiamkan diri, aku boleh sorok perasaan aku
Dengan mendiamkan diri, tiada siapa tahu


Ok lah.. Diam!


Positive, Intellectual & Motivated Person
(baca dekat baju aku ok!)


4 comments:

rosniza z said...

dia bgtau apa kat kau?
dia tulis apa kat kau?


mesti kau nak jawab : diam


kan?

Miss Qiwie said...

wei ko ni mendengan ke mendengar???
cba bc blk..
wat lawak tol la..
hehehehe..

syime hebat said...

Diam!

Miss Qiwie said...

bising!!!