Sep 8, 2010

Sekejap masa berlalu


Sedar tak sedar dah nak habis bulan puasa kan?

Tahun ni memang rasa sekejap aje
"Maybe" sebab banyak kerja
Kejap aje masa berlalu
Tup tup dah nak raya

Mood raya?
Jangan di tanyalah ok.
Nanti korang menangis pulak
Hehehehe..

Tapi bulan puasa tahun ini best la juga
Dapat berbuka dengan kawan-kawan
Macam reunion pula
Tapi ada juga benda yang aku kesal
"Plan" nak buka dengan sorang kawan aku ni
Dalam kepala otak memang dah fikir macam-macam
Nak buka kat sini la, situ la
Buat itu la, buat ini la
Tapi memang malang la nasib aku
Semua rancangan tak menjadi
Malah menjadi semakin buruk

Hampa


Ok! Tukar mood!!


Bulan ni memang kebetulan sangat-sangat
Dah la bulan ni raya plus dengan bulan kelahiran blog ni
Genap lah 2 tahun blog aku ni
Cukup 5 tahun aku hantar blog aku ni pergi tadika
Hahahaha..

Dari Melompat hingga lah Menyimie

Dulu aku letak Melompat sebab aku suka melompat
(tak percaya? sila rujuk koleksi gambar-gambar aku ok!)

Sama la macam aku nak lompat dari 1 impian ke impian yang lain
(bayangkan macam  game lompat-lompat)

Lompat dari tangga bawah ke tahap yang lebih tinggi
(maksud aku "upgrade" diri sendiri)

Lompat tahap kematangan aku
(harap dapat berfikir lebih logikal dan jitu)

Lompat = Gembira
(Korang try ambil gambar lompat pasti gembira)

Sekian

Mungkin aku dah agak selesa dan mula menerima kenyataan
Kemudian aku tukar lah nama blog ni kepada Menyimie
Dengan harapan aku tak terpesong jauh
Walau jauh mana aku merantau, aku tetap Syimie
Walau dunia berubah dan berevolusi, aku tetap Syimie
Walau sepantas mana aku berfikir, aku tetap Syimie
Walau bertahun kita tak berjumpa, aku tetap Syimie
Walau kita tak pernah kenal, aku tetap Syimie
Walau aku kawan lama yang dah hilang dari ingatan, aku tetap Syimie
Walau panjang mana rambut aku, aku tetap Syimie
Wallauweh
Pelat lidah aku sebut "walau" banyak kali
Hahahaha.. 

Raya tahun ni aku tak ada mood nak buat kad raya JPEG lagi
Tahun ni aku guna ayat sahaja.
Bila guna ayat, bahasa lisan aku pun muncul.
Hehehehe..
Mungkin ayat lebih bermakna dari kad berbentuk JPEG kan?

Aku nak mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Atas Segalanya
(tema aku untuk tahun ini)
Selamat Ulang Tahun Ke-2 Melompat --> Menyimie


Ini kad raya 2 tahun yang lepas


3 comments:

rosniza z said...

raya buat open house umah puchong pls

syime hebat said...

akan dibincangkan

Miss Qiwie said...

buat open house jgn lpe ajak ak!!!