Sep 27, 2010

Berusaha dengan cekal sekali

Dari zaman sekolah sampailah sekarang
Aku telah dilatih untuk berusaha untuk mendapatkan sesuatu
Ayah aku memang sengaja tak bagi aku sesuatu dengan mudah
Lagipun kami bukan dari keluarga yang senang
Jadi sifat usaha telah dipupuk dari kecil

"Ayah.. Nak kereta dash!"
"Dapat No.1 baru boleh ye"
Ni salah satu dialog masa kecil aku
Aku berusaha untuk dapat No.1 dalam peperiksaan
Baru boleh dapat kereta dash idaman

Tapi bila dah besar mane boleh mintak-mintak lagi kan
So.. Aku kenalah berusaha sendiri
Dulu penah mintak duit untuk buat lesen
Tapi tak berjaya
Aku sanggup kerja di kedai makan untuk buat lesen
Aku faham kenapa ayah aku buat macam tu

Bila aku usaha sendiri aku lebih menghargai benda yang aku usahakan itu
(bahasa lisan keluar lagi.. dem..)

Usaha dalam mendapatkan kereta dash idaman
Usaha dalam mengejar 2 impian
Usaha dalam percintaan (tipu)
Usaha dalam kehidupanlah!

Betul! Memang betul!

Semua aset yang aku ada sekarang kebanyakkannya aku usahakan sendiri
Jadi aku lebih prihatin dengan aset yang ada
Termasuklah buku budak getah yang aku kumpul bertahun-tahun
Semua tu ada sentimental value untuk aku
Setiap aset aku ada cerita dia sendiri

Tapi

Semalam anai-anai boleh makan buku budak getah aku
Grrrr..!!
Kau tak tahu betapa susah aku nak kumpul semua tu
Argh...!!

Aku dah kosongkan barang kat bilik aku
Penangan anai-anai
Sial!!


Ada muka sedang berusaha tak? Ngeh.. :D

9 comments:

boysebol said...

setuju syime . kita samalah . !

ashiro_31 said...

comeynye.....hikhikhik..^_^

syime hebat said...

@boy : hehe.. same eh.. kite pon sebaya.. ayat2 ni mmg sesuai..
@ashiro : tQ.. :D

dyah1808 said...

yeah! truskan usaha cmie! ^__^

syime hebat said...

TQ dayah!!

rosniza z said...

teruskan usaha,anai2! err, silap. teruskan usaha, syme! :p

syime hebat said...

grrrrr...

syime hebat said...

eh eh.. aku ade pakai rantai mase kecik.. skng rimas nak mampus bile pakai rantai.. gahaha..

inaaa. said...

muka tu mcm mintak nak lompat je masa bergambar.heee