Aug 21, 2010

RefresHment

Sebenarnya seronok bila kita dah schedule kan posting kita ni. Macam tetiba je blog telah diupdate. Hahaha.. :D Macam merancang masa depan yang telah aku tetapkan apa nak jadi nanti. Tapi kenyataannya masa depan kita tak boleh tetapkan. Lagi seminit pun aku tak tahu apa nak jadi. Tapi kita boleh berusaha untuk masa depan. 


Tiba-tiba aku tersedar beberapa perkara yang aku baru sedar tentang aku :


+  Rambut aku lembut
+  Dulu aku suka cakap "Hek eleh.." banyak kali dalam 1 ayat.
+  Ada parut di sebalik bibir bawah
+  Mata kuyu serta layu tapi masa baby mata bulat
+  Menggaru kepala yang tak gatal
+  Taip tak pandang keyboard.. Hehe..
+  Menggantikan O dengan 0 (kosong) pada SMS supaya lebih laju menaip
+  Gelak semacam
+  Makan banyak.. kalau pizza lagilah
+  Ratah Milo
+  Gemar mengusap rambut
+  Monkey D. Luffy = Hero!
+  Merajuk tak pasal
+  Rubik
+  Ada yang cakap aku Pelik
+  Emo tak tentu macam datang bulan
+  Skuter selalu rosak
+  J.Aki.C746
+  Tak suka orang cakap aku comel, jambu dan seangkatan.. (macam perli)
+  Berdiam secara tiba-tiba
+  Mencari unik dan pelik
+  Mempunyai gadis idaman tapi tak pernah cakap
+  Termenung jauh yang melampau
+  Lesung pipit kena paksa baru keluar
+  Dulu tak reti shave misai dan janggut
+  Ada parut lama kat batang hidung
+  Kuat berangan yang ketara
+  Tak tinggi tapi nampak macam tinggi
+  Kalah dengan beberapa warna
+  Gagal dalam penjimatan
+  Hebat dalam perancangan tapi hasil entah kemana
+  Berahsia hal peribadi dari pengetahuan umum
+  Najis lalat macam semakin banyak
+  Baru buat terus menyesal


Okay lah. Cukuplah. Aku saja nak refreshkan diri aku. Cuba menilai diri sendiri yang serba kurang bagus. Tak cukup bagus lagi ni. Kena upgrade. Sama macam upgrade Plup Plep tapi akhirnya rosak berkali-kali. Aku boleh rosak ke?? Kalau aku hilang ingatan, ni la keyword yang korang perlu bagitahu kat aku. Hehe.

3 comments:

rosniza z said...

pinjam rambut

dyah1808 said...

gadis idaman? jengjengjeng.. haha.. ;D

syime hebat said...

@rosniza : aku yg patut pinjam rambut ko.. :D
@dyah : mestila idaman.. heee..