Aug 30, 2010

Oh Hilang Si Paku Gelang

selamat berpuasa kat korang semua
korang ada kantoi tak?
mestilah ada kan..
tak payah lah nak tipu ok..
hehehe :D
aku tak kantoi lagi pun
tapi tak tau la puasa aku tu 100% ke tak
mungkin ada termakhruh sana sini

tahun ni dah masuk 5 tahun aku beraya tanpa mood raya
(sebenarnya 4 tahun sebab belum syawal lagi kan hohoh)
mood aku hilang bila orang yang tersayang pergi selamanya
arwah ibu Manis binti Jalal
ibu pergi pada ramadhan 5 tahun lepas
kat pc aku tak ada gambar ibu
tapi dalam memori aku tak pernah lupa wajah ibu
walaupun aku short term memory
kadang-kadang aku selalu tengok orang ramai
kot-kot ada yang muka iras-iras dengan ibu kan
tapi tak pernah jumpa pun

dulu ibu selalu buat baju raya untuk kitorang adik beradik
baju tak payah beli pun
besok nak raya malam tu mesti siap punya
biasa lah dia sibuk dengan tempahan baju orang
tapi baju anak-anak dia tetap buat
baju terakhir yang dia buat ada lagi
rindunya~
dulu aku tak pernah perasan pun segala penah lelah dia
aku tau merungut je bila baju raya lambat siap
merengek lah, merajuk lah, hentak-hentak kaki tunjuk rasa tak puas hati
rasa menderhaka pulak
tapi bila aku buat semua tu nanti ibu akan balas dengan 2 reaksi berbeza
1. dia sound terus.. hehe
2. dia senyum sahaja sambil perli-perli
bila teringat memori ni.. sebak pulak..
nak beraya pun tak semangat
just ikut flow je

aku ni manusia biasa
bila dah hilang sesuatu
baru nak menghargai
tapi aku mesti redha
dengan setiap kehilangan

hilang kawan
hilang harta
hilang nyawa
semua tu perit
terutamanya bila hilang kawan

-sedih-

Gambar sempena merdeka!

5 comments:

Drunbella Khoo said...

biasalah tu syime.
masa ada taknak sayang betul2.
bila dah takda mula lah nak menyesal tak sudah.
banyak-banyak doa kat allahyarhamah ibu hg naaaaa.

Miss Qiwie said...

terasa dowh ilang kawan..

kaki merepek said...

kami raya n9 la beb.. kg kami kn dkat.. tp aku blik rmh mentua dlu la.. mot, jgn lupa dtg rumah aku.. nyalas bkn jauh mne pon kn.. so jgn bg alasan yg mmg da xtau x mnasabah.. dtg msg@koling2 aku.. almaklumlah aku ade 2 rumah da.. hahhaaahaha.. lau rjin dtg kemaman pon xpe.. hahhahahaaa..

syime hebat said...

@drunbella : tq babe!!
@qiwie : betul.. same la kite
@amna :nti aku datang raye.. haha

mill said...

takpe la syimie, nanti raya jangan lupa ziarah kubur mak.. (although i hardly go, coz rasa bersalah. huhu takut pegi kang still nak marah my mom why she left so early.. well.. dah takdir..)