Showing posts with label minda serabut. Show all posts
Showing posts with label minda serabut. Show all posts

Apr 23, 2016

Relevant

blogspot still relevant in this era?
if not then i will start blogging again

wah.. speaking kau john

Feb 23, 2012

Bzzzzttt

A-ha
Sudah lama tiada update pun kan hadoi
Bz sangat ke kau Simi oi??
Well aku memang terkenal sebagai seorang yang bz
Dikalangan kawan-kawan rapat pun panggil aku Abg bz
Kalau melepak aku tiada maknanya aku?
BZ!!
Betul jawapan kau
Tapi aku bz dengan kerja opis

Sebenarnya bz ni ada positif dan negatif
Aku sebut negatif dulu la
Secara negatifnya
Korang takkan ada masa untuk perkara lain
Korang akan penat
Korang akan mementingkan kerja
Lebih teruk korang akan sebati dengan bz

Positifnya pulak
Korang dapat kelebihan melupakan masalah selain masalah kerja
Masalah duit, cinta sume boleh lupa apabila kau bz
Serius aku dah alaminya!
Paling teruk korang dalam dunia korang sendiri
Dunia yang tiada orang lain ganggu
Hanya kau dan bz
Lama kelamaan korang akan rasa macam bercinta dengan bz
Dahsyat kan???

Aku kat opis ni
Eh?? Sudah jam 2.50 pagi
Aku dalam "Bz Mode"
bzzzzttt

Aku nak mainan ni plss

Aug 8, 2011

Masa sebenar bagi seluruh dunia

Misi kali ini adalah mencari masa yang sebenar
Aku diarahkan mencari masa yang tepat bagi dunia
Tanpa berlengah aku terus menyelam ke dasar lautan
Menyelam dan akhirnya aku terjumpa satu bilik masa

Di dalam bilik itu terdapat satu jam besar
Jam yang sebenarnya ada disini!!
Tapi macam mana aku nak bawa jam yang besar ini?
Mustahil!!!

Misi aku adalah untuk mencari masa yang sebenar
Aku dah jumpa masa yang sebenar dan tepat
Tapi macam mana aku nak bawa masa sebenar ke dunia daratan?
Dah la aku tak bawa jam G-Shock aku itu

Hmmmm.. Tup Tap..
Rupanya aku ada bawa beg yang berisi jam dinding
Cun!! Selamat aku!!
Boleh lah aku mencatat masa sebenar ini!! Yess!!

Aku tenung jam sebenar dengan berhati-hati
Lihat pula jam dinding di tangan
Oh.. Beza 5minit 4saat rupanya
*azan kedengaran*

Rupanya aku bermimpi (-___-")
Selepas sahur tadi tunggu azan subuh
Terlelap siap mimpi jam
Sebab aku asyik perhatikan jam nak tunggu azan

Adoi (-___-")

May 30, 2011

Sudah lapuk ditinggalkan pula

Aku rasa aku nak delete blog ni lah
Blog bukan lagi media untuk aku meluahkan sesuatu
Kesian kau blog

:c

Mar 16, 2011

Musnah Sinaran Punah Kegelapan

Setiap hari kita semua berdepan dengan pelbagai masalah
Dari masalah remeh hinggalah masalah berat
Aku tidak terkecuali berdepan dengan masalah tersebut
Bagi aku, semua masalah boleh diselesaikan
Jika keputusan yang dibuat adalah tepat
Tapi keputusan yang tepat sukar dicapai
Ianya kerana dipengaruhi oleh beberapa faktor
Faktor itu ada dalam kehidupan
Jadi membuat keputusan adalah sangat sukar
Beberapa kali aku tersilap membuat keputusan
Yang akhirnya membunuh diri aku sendiri
Paling pedih bila ianya membunuh orang disekeliling aku

Musnah segala harapan
Punah segalah keputusan
Sinaran entah kemana
Kegelapan sentiasa ada

Aku gagal membuat keputusan lagi

Sial


Terperangkap

Feb 8, 2011

kiri atau kanan?

sekarang mood semua orang tak begitu bagus
semua keputusan dibuat mengikut emosi
rasionaliti dah tak ada erti pada masa ini
sekali lagi aku gagal membuat keputusan
keputusan yang memuaskan semua pihak

aku dah tulis jawapan di tangan kiri dan kanan
mana satu akan aku pilih?
kiri atau kanan?
aku renung tangan kiri dan kanan
renung dan termenung selama yang boleh
memikirkan beberapa perkara yang bakal terjadi
aku fikir sejauh yang boleh

aku rapatkan tangan kiri dan kanan
kemudian aku genggam erat
adakah ini jawapannya?

entahlah

aku sangat kejam
T_T

Ini bukan tangan aku

Feb 7, 2011

Kejamnya

Janganlah kejam sangat dengan aku plzz

Feb 6, 2011

inilah masa yang sesuai

Dulu aku penah cakap kat korang semua
Bila aku masalah ada la nanti post baru
Sekarang memang masa yang sesuai untuk update
Nanti aku update la okey
Aku benci bila masalah tak boleh di selesaikan
Nak nangis boleh?

T_T

Serius aku sedih

Jan 23, 2011

sesuatu atas sesuatu tapi sesuatu

hari minggu kali ini
aku melepek di rumah sahaja
bukan minggu kali ini saja
tiap-tiap minggu aku melepek saja
tapi lokasi je berlainan


hhhhmmmmmmmmm.....
*mengeluh panjang*


masa melepek juga adalah masa merenung
termenung dan mengimbau segala flash back
aku kan short term memory
inilah masa untuk memupuk memori aku


aku selalu keliru
keliru untuk membuat keputusan
keputusan yang memuaskan semua


jadi..


aku akan banyak berdiam diri
sambil memikirkan problem
mencari jalan penyelesaian yang terbaik
tapi pasti ada yang terbalik


aku pernah buat kesilapan
memang banyak kesilapan telah aku buat
dari kesilapan itu aku jadikan pedoman
tapi hidup memang ada timbal balik


dulu aku pernah hilang sesuatu kerana sesuatu
sekarang aku dapat kembali sesuatu kerana sesuatu
tapi aku taknak hilang kembali sesuatu demi sesuatu
adakah sesuatu akan sedar akan sesuatu


~entahlah~ ;(

Nov 30, 2010

Sesuatu yang tidak ku duga oh~

Bulan ni gaji masuk lambat pula
Hari - hari menghitung hari
Hari - hari bukak maybank2u
Tiada hasil juga
Nak beli something
Nak..! nak!

Bila nak gaji!! Arghh!! Jom lompat!! eh eh?

Nov 8, 2010

Benda yang sama berulang kembali

Haaa.. Dah banyak kali orang cakap aku benda yang sama
Ni haa buktinya..

Dialog aku dengan as
Apa lah yang orang lain nampak pelik kat aku ni
Entah lah..

Oct 22, 2010

Meluat bila dah buat tapi aku kuat bukan macam ubat gegat

Sejak dua menjak ni aku kebosanan sangat
Apa yang aku buat semua tak menjadi

Mandi tak basah
Makan tak cukup
Tidur tak lena
Adoiyay

Online pun tak meriah macam dulu
Sekarang online pun tak buat apa-apa
Balas 'poke' kawan-kawan yang selalu 're-poke'
Tekan 'like'
Nak komen pun tak ada mood macam dulu

Korang rasa kenapa eh?
Ahh!! Korang bukan tau pun

Aku rasa aku perlukan sesuatu
Sesuatu yang korang tak tahu
Dan aku pun tak pasti sama ada aku perlukannya atau tidak
Oh tidak!!

Aku nak macam dulu
Selalu teruja atas sesuatu
Tapi aku tak seperi dulu
Apa dah jadi dengan aku?

Aku perlukan eksperimen baru
Eksplorasi yang baru
Sesuatu yang aku tak pernah buat
Tapi bila dah buat rasa meluat

Idea tolong mari!!


Aku nak buat slow-mo!

Oct 2, 2010

Holiday VS Commitment

Lagi beberapa jam aku nak pergi melancong
Tapi sekarang aku di opis
O men...
Komitmen pun tak bagi aku cuti ke ape?
Entah camne la nanti
Dengan mengantuk lagi
Siot ah!

Tapi aku memang teruja abis ni
Maklumlah 1st time naik kapal terbang
Serius aku jakun
Memang jakun

Eh.. korang tau ke jakun tu ape?



Sep 24, 2010

Menjadi robot lebih bagus

Hari ini tiada kerja
Apakah reaksi yang sepatutnya aku buat
Gembira?
Muntah?
Tido?
Entahlah

Sepatutnya aku riang sebab kerja tak ada
Selalu kerja tak putus-putus
Tapi hari ini tiada kerja langsung
Rasa bosan pula

Agaknya aku sudah dilatih untuk bekerja keras
Bila tiada kerja aku menjadi bosan sebab tiada kerja
Ish ish ish

Aku dalam evolusi menjadi robot

Nak lepak kat sini..

Sep 15, 2010

Engkau datang tanpa aku fikir pun

Beberapa hari yang lalu aku mimpi engkau
Semalam pun aku mimpi engkau lagi
Kenapa entah? Aku tak fikir pasal engkau pun
Tapi mimpi semalam macam memberitahu aku sesuatu
Engkau buat muka pelik dan membulatkan mata
Kemudian engkau senyum
Aku suka senyuman itu
Sudah lama aku tak nampak senyuman itu
Sejuk hati aku bila nampak senyuman itu
Engkau ada memberitahu aku sesuatu
Sesuatu yang mengungkai segala yang musykil
Kemusykil yang membelenggu aku selama ini
Kemudian aku terasa tenang dan lapang sekali
Selepas mendengan penjelasan tersebut
Penjelasan yang aku tunggu-tunggu selama ini
Terima kasih! Walaupun ianya hanya dalam mimpi
Aku nampak engkau menulis sesuatu di atas kad / poskad
Engkau beritahu bahawa ianya ditujukan kepada aku
Saat di dalam mimpi begitu bahagia


Aku betul-betul gembira dalam mimpi
Tapi aku tahu kenyataan tak akan seperti dalam mimpi aku itu


Hmm..
Mengeluh...
Termenung..
Diam..


Ya diam!!
Dengan mendiamkan diri, aku dapat menenangkan diri
Dengan mendiamkan diri, aku dapat berfikir baik dan buruk
Dengan mendiamkan diri, aku boleh merenung jauh kehadapan
Dengan mendiamkan diri, aku boleh muhasabah diri
Dengan mendiamkan diri, aku boleh sorok perasaan aku
Dengan mendiamkan diri, tiada siapa tahu


Ok lah.. Diam!


Positive, Intellectual & Motivated Person
(baca dekat baju aku ok!)


Sep 6, 2010

Hi Maya


dunia maya aku negatif
dunia nyata aku positif

credit to Put

Kalau tak borak dengan kau aritu mesti tak dapat ayat ni
Aku bagi publisiti sikit kat kau eh..
Hahahaha.. :D

Aug 10, 2010

Backspace / Delete ( Look your keyboard )

Oppsss..!!
Attention!!
No more space..
Press backspace or Delete
Not Space Bar!!

tak paham?
bagus!

May 23, 2010

kalaulah

bosan!!
ni yang aku rasa sekarang
tak tahu nak buat apa
buntu serta kematu
selalu bila bosan aku akan berimaginasi
kadang-kadang sampai ke satu tahap
yang aku tersengih sendirian
(terlalu bengong imaginasi aku)

antara imaginasi aku adalah
kalaulah aku ada kuasa macam Monkey D Luffy
bolehlah aku teriak "Gomu Gomu No Jet Gatling!!"
kalaulah aku ada mesin yang boleh mengukur tahap tidur
bolehlah aku tahu berapa % aku dah tidur
kalaulah aku ada awan guling dalam komik Dragon Ball
bolehlah aku meluncur laju di atas sana
kalaulah aku ada cakaran Volverine
bolehlah aku mengaum dengan kuku besi itu
kalaulah aku ada pintu suka hati kepunyaan Doremon
bolehlah aku lupakan hajat berkereta
kalaulah aku ada bilik anti-graviti
bolehlah aku buat "balik-kuang" tanpa henti
kalaulah aku ada skate board
bolehlah aku mengimbangi diri yang tak seimbang ini
kalaulah aku ada seorang isteri tercinta
bolehlah aku bazirkan duit yang ada sekarang
kalaulah aku ada mesin pengabul impian
bolehlah aku berhenti berimpian

tapi semua bermula dengan "kalaulah"
boleh ke tak sebut "kalaulah"
dah nama pun imaginasi
pastilah semua mustahil
tapi imaginasi membuatkan aku
rasa nak membetulkan kelemahan

inilah kuasa imaginasi bagi aku

kalaulah... tengok tu.. kalau lagi..
dah..

May 7, 2010

ntah

tiba-tiba aku terfikir
kenapa aku buat blog

ntah

dah malas nak update

bosan

Apr 13, 2010

pelik untuk unik untuk pelik

aku suka benda yang rare
susah nak cari dan susah nak dapat
pelik dan unik
bila dapat mesti rasa teruja

aku suka berfikir
aku suka mengira
aku suka melukis
aku suka mengkaji

bila mencipta aku mahukan kelainan
bila mahukan kelainan mestilah harus unik
bila nak nampak unik kenalah kelihatan pelik
bila kelihatan pelik ada yang rasa janggal

biasalah

kreatif itu subjektif
penuh dengan kepusingan
macam rambut serabai aku
tapi aku tak kreatif

aku selalu cari "term" yang sedap disebut

"jadilah pelik untuk unik"

tak sedap pula~
ciss..

aku selalu termenung sorang-sorang
sengih sorang-sorang
gelak sorang-sorang
menangis takde la eh

muzik..
melekakan aku
mengkhayalkan aku
menyegarkan aku
memberi tenaga ketika mengantuk

dewasa = kompleks

sekian

*tak paham apa aku post kan? biasalah..*