Apr 23, 2016

Relevant

blogspot still relevant in this era?
if not then i will start blogging again

wah.. speaking kau john

Jun 10, 2015

Kasi lap itu habuk

Dah 3 tahun berhabuk
lap - lap sikit

lap kasi kilat
ok chow

Dec 21, 2012

Something for Nothing

Tajuk sahaja english tapi post aku bahasa melayu
Bunyi macam takda mengena
Aku sejak kebelakangan ni asyik muram sahaja
Period agaknya
Tak jugak -__-"
Aku rasa ini adalah sindrom akhir tahun
Biasalah bila akhir tahun je birthday aku
Akhir tahun je kerja berkurangan
Bila berkurangan rasa bosan
Bila bosan mulalah muram
Tapi tak juga
Bukan sindrom akhir tahun rupanya

Aku sebenarnya seorang yang cepat terasa atau tersentuh
Tapi aku selalu set benda positif dulu sebelum negatif datang
Bila musibah mengundan je aku mulalah muram
Semua orang nampak aku diam sahaja
Nampak aku serius sahaja
Nampak aku asyik cucuk earphone sahaja
Nampak aku asyik gentel sahaja
Opps itu bukan

Kawan-kawan sangat penting bagi aku
Gembira bersama
Berduka bersama
Kerja bersama
Makan bersama
Bila dengar seorang kecundang
Hati aku pun bergoncang
Ceh ayat tak leh blah~

Oklah aku cerita ok

Baru-baru ni arena kerja dah banyak berubah
Orang gila kuasa bertambah
Orang gila kerja berkurang
Yang tinggal hanyalah beberapa orang

Kesannya meliputi seluruh arena kerja
Kawan-kawan yang gila kerja mula gelisah
Yang gila kuasa bergembira
Aku pula tak ambil kisah

Yang di atas pula tidak begitu celik
Bila gila kuasa petik di atas kata ok
Yang gila kerja terkena tempias
Lama-lama mereka rimas

Sumber manusia mengatakan itu tak boleh ini tak boleh
Pihak pengurusan pula sekat itu sekat ini
Yang di atas buta situ rabun sini
Yang gila kuasa cucuk sana cucuk sini

Kini, yang gila kerja semakin tertekan
Seorang demi seorang mengundur diri
Kesan dari malapetaka mereka yang mcam setan
Aku diam menganalisa keputusan sendiri

A kata sabar B kata tak boleh tahan
C kata tunggu dulu D kata mari pergi
E kata fikir dahulu F kata ah persetankan
G kata fikir masa depan H diam diri

Diam memikirkan apa nak jadi
Kawan-kawan semua nak pergi
Jadi aku menyendiri
Menyendiri dengan keputusan yang tak pasti



Bila dengar kawan-kawan nak benti kerja hati mesti pilu kan?

Feb 23, 2012

Bzzzzttt

A-ha
Sudah lama tiada update pun kan hadoi
Bz sangat ke kau Simi oi??
Well aku memang terkenal sebagai seorang yang bz
Dikalangan kawan-kawan rapat pun panggil aku Abg bz
Kalau melepak aku tiada maknanya aku?
BZ!!
Betul jawapan kau
Tapi aku bz dengan kerja opis

Sebenarnya bz ni ada positif dan negatif
Aku sebut negatif dulu la
Secara negatifnya
Korang takkan ada masa untuk perkara lain
Korang akan penat
Korang akan mementingkan kerja
Lebih teruk korang akan sebati dengan bz

Positifnya pulak
Korang dapat kelebihan melupakan masalah selain masalah kerja
Masalah duit, cinta sume boleh lupa apabila kau bz
Serius aku dah alaminya!
Paling teruk korang dalam dunia korang sendiri
Dunia yang tiada orang lain ganggu
Hanya kau dan bz
Lama kelamaan korang akan rasa macam bercinta dengan bz
Dahsyat kan???

Aku kat opis ni
Eh?? Sudah jam 2.50 pagi
Aku dalam "Bz Mode"
bzzzzttt

Aku nak mainan ni plss

Sep 28, 2011

Aku perlukan kesibukan (-__-)"

Sejak aku bekerja di opis ni
Aku telah di latih untuk kerja kuat
Kerja hingga larut malam
Buat kerja mesti laju dan konsisten
Semua proposal mesti siap
Kerja mesti suksess!!
Apa-apa semua mesti kerja
Bercinta pun dengan kerja
(-___-)"

Aku tak nafikan opis ni memang banyak projek
Hari-hari sibuk sahaja
Dari aku masuk sampailah sekarang
Balik rumah pun jarang-jarang

Tapi sekarang projek sudah semakin kurang
Sebab proposal yang melambak dulu
Dah banyak yang dapat
Tak hairanlah pekerja pun 100+

Tapi..

Aku yang telah dilatih bekerja kuat terasa impaknya
Hari-hari yang sibuk kini tiada lagi
Hanya melangok sahaja
Kalau orang lain mesti gembira sebab tiada kerja
Tapi aku rasa bosan sebab tiada kerja
Rasa nak cari kerja lain saja
(-___-)"

Bila tiada kerja ni perasaan negatif mula muncul
Rasa opis dah tak perlukan khidmat aku lagi

Aku perlukan kesibukan
lol

Sibuk dengan Guitar Hero!! yeppa!! :D

Aug 12, 2011

Explore dan terus explore

test kufi hehe
Sempena bulan ramadhan ini
Aku nak explore benda baru lagi
KUFI
Inilah 1st try aku
Teruja abis aku
Hahaha

Aug 8, 2011

Masa sebenar bagi seluruh dunia

Misi kali ini adalah mencari masa yang sebenar
Aku diarahkan mencari masa yang tepat bagi dunia
Tanpa berlengah aku terus menyelam ke dasar lautan
Menyelam dan akhirnya aku terjumpa satu bilik masa

Di dalam bilik itu terdapat satu jam besar
Jam yang sebenarnya ada disini!!
Tapi macam mana aku nak bawa jam yang besar ini?
Mustahil!!!

Misi aku adalah untuk mencari masa yang sebenar
Aku dah jumpa masa yang sebenar dan tepat
Tapi macam mana aku nak bawa masa sebenar ke dunia daratan?
Dah la aku tak bawa jam G-Shock aku itu

Hmmmm.. Tup Tap..
Rupanya aku ada bawa beg yang berisi jam dinding
Cun!! Selamat aku!!
Boleh lah aku mencatat masa sebenar ini!! Yess!!

Aku tenung jam sebenar dengan berhati-hati
Lihat pula jam dinding di tangan
Oh.. Beza 5minit 4saat rupanya
*azan kedengaran*

Rupanya aku bermimpi (-___-")
Selepas sahur tadi tunggu azan subuh
Terlelap siap mimpi jam
Sebab aku asyik perhatikan jam nak tunggu azan

Adoi (-___-")

Aug 6, 2011

Asyik JPEG je.. Tak sejatilah camni

Selamat berpuasa geng!
Korang dah tempah baju raya blom?
Aku dah! Haha.. Dah siap pun kn hadoi
Dah nak raya ni tiba-tiba aku teringat pasal kad raya
Kalau dulu-dulu aku boleh dapat lagi kad raya
Maksud aku yang hantar pakai pos la bukan JPEG ok
Sekarang semua kad raya dalam bentuk JPEG je
Tak meriah cam dulu
Bukan kad raya je, kad kawen pun JPEG gak
Ahdoi ter ber pun kan
-____-"

Ada sesiapa nak bagi kad raya tak?
Hehehe :D
Tak nak JPEG ok!! Nak yang hantar pakai pos
Barulah meriah sikit raya
Boleh tampal-tampal kat dinding
Kalau takde jugak nanti aku beli sendiri je
Pastu tampal kat dinding
Konon-konon ramai yang bagi kad raya la
-____-"

Bagi kad raya please
Dulu aku pun selalu buat Kad Raya bentuk JPEG

Kad Raya bentuk JPEG 2008

Kad Raya bentuk JPEG 2009
Tapi sekarang aku nak kad raya yang sejati!

Jul 3, 2011

Kaki diufuk rindu

Aku sekarang cedera
Akibat bersukan berlebihan
-_____-

Amik kau Syimie
Rasakan
Siapa suruh bersukan sangat
-_____-

Kaki aku sakit sekarang
Sebab kasut yg digunakan tidak sesuai
Padan muka aku
-_____-

Sekarang aku kena gunakan kasut yang sesuai
Futsal ada kasut khas
Badminton pun mesti
Marathon lagi wajib kasut khas
Nanti rosak kaki aku
-_____-

Pingpong kaki ayam pun takpe kot
-_____-

Rehatlah
-_____-